BloG2 LaiN yanG beSt!!!

Tanda dan Jejak

Sep 24, 2011

Harry Potter

Tajuk pendek, entri panjang berjela.....................

Nak cakap banyak pon mesti semua dah tahu apa perbincangan kita kali ni kan?? mestilah pasal Harry Potter...... ok, lebih kurang 2 bulan yang lalu Harry Potter tamat dengan the last chapter, Harry Potter and The Deathly Hollows.. Dalam Harry Potter ni ACM amat admire with 2 of the character yang ada untuk menguatkankan lagi cerita dan mereka adalah...

 Minerva Mcgonagall.. Head of Gryffindor house, Tranfiguration teacher.... ni kelas tukar2 barang tu.. masa first class dalam Harry Potter and the Sorcerer's dia ajar camne nak tukar batang mancis jadi jarum yang itu pun cuma Hermione je yang berjaya tukar hujung2 je....oh ya, sebenarnya watak ni dilakonkan oleh Maggie Smith.. Watak dia ni ACM paling suka masa dalam Harry Potter and The Deathly Hollows part 2.. sangat syumell oke! hahaha..

Severus Snape lakonan Alan Rickman... Pengetua Hogwards selepas Albus, sebelum tu, ketua rumah slytherin and potion teacher... hehehe... dia sangat2 menarik ACM sejak dia selamatkan Harry Potter daripada jatuh dari penyapu terbang dia dalam buku pertama....

Adalah beberapa watak lagi yang best seperti, Luna Lovegood, Neville Longbottom, Sirius Black, Remus Lupin, Tonks dan sebagainya.. masing2 ada peranan tersendiri.. dan sebenarnya, membaca setiap buku akan membuatkan kita tahu lebih detail setiap atur cerita bila tengok muvie dia... oke2 dah cukup2 mengarut....

Sekarang kita nak tengok pula tumbesaran beberapa pelakon dalam Harry Potter ni dari siri yang pertama sampailah yang terakhir, yang ke-7... macam mana dari hero2 cilik dan comel macam ni...


sampai jadi camni........



oke, kita tengok satu2 oke... mula dengan hero dia Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter


Seterusnya, Rupert Grint sebagai Ron Weasley


Lagi, Neville Longbottom lakonan Metthew Lewis


Tom Felton yang hensem sebagai Draco Malfoy



Ginny Weasley hasil lakonan mantap Bonnie Wright



dan yang paling gojes dalam citer Harry Potter ni,
Emma Watson sebagai Hermione Granger


Hohohohoh.... nak tengok lebih jelas, klik je kat gamba tu keyh? banyak giler perubahan diorang ni kan?? kan?? semakin hensem semakin cantik.... ACM pula??? saiz jer yang berubah... semakin sihat... hahahaha....

dah selesai tengok rupa diorang dalam movie Harry Potter, meh nengok diorang berenam ni kat luar movie pulak...







oh my!!!!!!! Tom Felton sangat hensem okeyh!
oke2 dah2.. mengarut pepanjang pon xde orang nak bace... then... selesailah entry kali ni...
banyak betul gamba... hehehehe...

thankz for reading this entri... luv <3..^_^

Sep 21, 2011

Kasih Alia..........Soffiya


Kasih Alia, I’m addicted to this story... Yes!!! Walaupon ending dia tak berapa nak puas hati, tapi puas jugaklah...*mende aku cakap nih?* hahahaha...
Oke2... Kasih Alia memang best k... ade my sister..kekeke... Siapa??? Siapa korang tanya? Mestilah Rafidah Ibrahim.... Siapa lagi.. Xcaye?? betullah.. ACM kenallah dengan Fida tu....Fida tu je yang tak kenal ACM...kekekeke.. *habis mengarut*

Lepas ni cerita Soffiya terbitan filmscape pula yang akan menghiasi slot Akasia Tv3 pukul 7.00 setiap hari Isnin-Khamis ni... dan, ACM rasa, Sofffiya ni pun akan meninggalkan satu ingatan tulus ikhlas untuk ACM tunggu depan tv nak tengok nanti...

ACM rasa bangga sebab sekarang semakin lama, cerita melayu semakin mendapat sambutanlah, maknanya, cerita melayu sekarang dah mula best balik. taklah macam cerita S*****u *a*ih or apa2 yang merapu camtu... sory ye, tapi saye tak suka cerita tu... Dulu kalau drama melayu, ACM tutup je tv, tapi sekarang lain...
Antara drama Melayu yang buat ACM dok mmenangot depan tv tu Nur Kasih, Hani, Kasih Alia, Gemilang, Asmaradana, Juvana, Asmara, Asmara 2(ni kureng sikit la sebab Zahlia ngan Asmara tetap berpisah gak) dan itu je kot... kalau perasan semua pun dari tv3.. hahaha.. sebab i memang tengok tv3 je... Astro xde..xpayah kot, banyak mengarot je..kekeke....

oke, dah terkeluar dari tajuk... berbalik pada Drama Soffiya kita tadi.. yang paling menarik dalam drama ni adalah, Tiz Zaqyah, coz ACM ni KIPAS SUSAH MATI Tiz tau... n yang kureng sikit sebab ACM tak minat sangat Fizo Omar.... tapi bolehlah.. layankan aje.. kalau cerita best, siapa pelakon pon *yang pandai berlakonlah* cerita tu tetap best gak kan???? setuju tak??????? kalau tak macam mana Nur Kasih boleh meletup dulu?? sapa yang kenal Tiz masa tu?? Remy Ishak??

Ok, mengarut lagi..... dah2..

Soffiya atau nama manjanya Yaya (kiut jer..^_^) seorang remaja aktif lagi lincah (ayat kopi n pes) tinggal dengan parents dia tapi, satu hari peristiwa hitam telah berlaku dalam hidupnya (ayat taknak kalah...haha) rasanya tengok dari episod 1 tadi, dia kena rogol ngan pak dia sendiri kot nanti.. pastu kene pukul semua.. Then mengikut sumber2 yang boleh dipercayai, nanti dia masuk penjara, bercinta tapi boy dia kena pergi luar negara diorang berpisah la kot. Then, dia kawen pulak ngan jutawan rasanya. tup, tup kawen, dia dapat tau yang ex dia tu dah jadi anak tiri dia.. walau pun jalan cerita macam biasa denga, ACM rasa nak tengok juga sebab nak tengok macam mana cerita ni diolah. Kadang-kadang cerita sama tapi olahan dan penyampaian yang berbeza membuatkan sesetengah cerita jadi best tahap dewa dan kadang-kadang bosan tahap cipan...hehehehe... 

Para pelakon... kanan sekali yang akan pukul2 Tiz nanti.. hahahha

Sian siot.. merasalah tido atas kotak tepi jalan..


Para Pelakon Drama Soffiya : Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara kot nama dia yang berlakon dalam Keranamu Laila tu, pastu yang jadi Apek dalam citer Juvana tu pe ntah nama dia..... itulah sedikit info mengarut dari ACM.. terima kasih.... hahaha...

yang tak best 1 je... cerita ni waktu maghrib.. nanti mesti tengok separuh je, pastu kena buka tonton pula nak tengok sambungan dia then, kalau bukak tonton.com tau2 lah macam mana kan?? dengan Bonbad ACM yang tak seberapa ni, jenuh nunggu dia loading..T_T

pssssssssssssttttt: suka tengok cerita dari Filmscape sebab gamba dia cantek....^_^

Sep 19, 2011

Andai Itu Takdirnya Vs Anaknya Anakku Jua

ACM memang suka bercerita mencanang kesana kemari... tapi bukan mencanang hal orang oke? Ini ACM nak bagitau kat semua pasal first Novel karya Siti Rosmizah bertajuk ANDAI ITU TAKDIRNYA..
oke2 tau2.. buku ni dah lama dah... ACM pon dah lama dah baca buku ni n walaupun dah baca hampir 5 kali ACM masih lagi setia membacanya sampai meleleh air hidung.*ni mase first time bacela*
Kenapa Andai Itu Takdirnya????? sebab, nilah novel pertama karya Siti Rosmizah... hahaha... taklah, sebab nilah Novel pertama buat ACM meninitiskan airmata.

watak utama dia Aleya dan Syed Aizril.. tak cakap camne rupa paras diorang pon rasanya korang semua dah tau dah kan????? Diorang berdua ni kenal masa belajar kat obesi lagi tapi tak rapat coz, Syed Aizril ni sombong, bongkak, hidung tinggi dan bermacam2 yang tinggilah... sebagai seorang yang lahir dalam keluarga sederhana, Aleya sentiasa bersederhana dalam segala segi, dan kalau jita amati cerita ni betul2, Syed Aizril memang dah tertarik dengan Aleeya pada masa ni lagi....

Tapi kerana sikap bongkak dan takbur yang ditanamkan oleh ibunya sendiri, Syed Aizril sikit pon tak pandang si Aleeya ni. sampai satu masa Aleya g interview keje dan kebetulan lak syarikat tu Syed Aizril punye. macam2 alasanlah die bagi tok blah dari interview tu tapi Syed Aizril tetap amik die keje kat situ atas alasan nak balas dendam.. kenapa?? sebab peristiwa masa diorang tengah belajar dulu...

Macam2 lah sampai kene tangkap basah diorang nih....ops!!

Tapi scene paling sedih sekali bila Syed Aizril tak mengaku anak dalam kandungan Aleya tu anak dia walaupun dia tahu realitinya. Dah la menafikan anak tu pastu nak kawin ngan orang lain pulak. dan paling tak tahan sekali dia boleh halau Aleya masa si Aleya tu nak amik barang jer kat rumah dia. diseretnye je orang tengah sarat tu. kuang ajow *kalau ACM jadi catwoman masa tu dah lame berbirat muka si Syed Aizril ni aku cakar2kan* hehehe... nak tulis pepanjang tak reti sangat, kalau bercakap lajulah... kalau nak tulis pepanjang pon korang bukan rajen sangat nak baca... hahahaha

Tapi end dia, biasalah novel... hahahaha... sape2 yang tak baca lagi novel ni, plis!!! plis!!! bacalah.. tak rugi tau.... BACA OKE???? BACA!!!!!!!!!!
then satu lagi novel dia ni Cinta Kau dan Aku... ala yang cover gamba cap kuning ngan kasut kaler itam tuh.... yang ni plak sweet je ceritanya.. terhibur gak kalau baca..... hehehe...


ok, panjang sangat dah ni, satu lagi novel, Anaknya Anakku Jua by Anarif..
citerni pon best gak, cerita dia smooth jer kalau baca. yang paling ACM suka sekali bila watak utama dia, Nisa' sanggup jaga anak ex-boyfriend dia walaupun pada mulanya dia marah sangat kat ex dia ni nama Badri sebab tinggalkan dia. Mak Nisa' ni tegang2 urat leher bantah perbuatan Nisa' ni. n sebabkan baby nama Hana ni jugak Nisa putuskan hubungan dengan steady boyfriend dia, Daniel. sangat sadis bila perbuatan yang sepatutnya dijunjung mulia dianggap mengarut oleh Ibunya. dalam dilema tu, Nisa' dengan bantuan sahabatnya, Mala... dalam masa ni jugak la muncul hero penyelamat bernama Irfan... hehehe... Irfan ni memang ada hati kat Nisa', tapi Nisa' ni mungkin memang dari spesis yang innocent n sedikit lembab pickup nya, langsung tak perasan. Perkahwinan Nisa' dengan Irfan dirancang mereka berdua untuk bercerai atas alasan jika Nisa' menjanda nanti, dia terlepas dari kawalan ibunya dan bebas mengambil Hana sebagai anak angkat. Dalam masa yang sama, Mala mula mengatur langkah melihat kelembapan Nisa' dan kelambatan si Irfan ni... jadi mampukah Irfan seorang duda memetik cinta dihati Nisa'??? (cewahhhh ayat kau...xnak kalah)
so, conclusion kat sini, korang BACA jugak ok???? best gak citer ni.. bacalah2..


MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU.......

o_O... baca tau.. siyes ni....
pasni rasa cam nak carik novel 2x5 ngan Baju Pengantin Mak Andam plak... best ke 2 novel nih??
Ade cadangan tak????

Sep 18, 2011

Berjiwangan DiPagi Ahad

Hari-hari menanti Bulan gugur keriba, tangan terbuka luas untuk menyambutnya, kusangka Bulan gembira menuju kearahku tetapi rupanya hanya seekor kunang melayang lemah hinggap di tapak tangan..

Setiap saat aku memendam rasa, takut meluah risau ada menjeling perli, betapa siksa terduduk kaku padahal insan ada didepan mata...

Segala masa tidak pernah ku kira untuk menghargai asalkan engkau masih dimata..
Segala yang tersemat masih terbuku kerana kini kau bukan disini...
Setelah kehilangan baru ku mengerti, betapa pentingnya kau ada disisi..
Betul lah kata pepatah menghargai selepas kehilangan adat manusia..
Aku tidak meminta sebuah istana yang dilengkapi emas dan harta semata..
Aku cuma mahu engkau hadir menemani aku setiap ketika....


Ceceece...... tetiba rasa nak mengarang...
dah baca boleh pegi baca menda lain keyh...

mood : *malu-malu kambing* hahahaha...*gelak tak tahan tengok muka sendiri

Rak Buku Cool...

 Ade banyak jenis rak buku nih rupenye...
kretip giler diorang nih.......


Malas cakap bebanyak...
Layan jelah~~~~



Bolehla tido sekali kat situ.. haha..

Sep 16, 2011

Sekali Lagi Ato0k Google Bikin Pelik...

Google selalu meraikan sesuatu dengan mengubah page diorang sebagai contoh pada entri ACM yang sebelum ni pada 22Jun2011 ni... kan2??
kali ni diorang wat camni lak...


kenapa oren??? hahahha....... eh? perlu gelak ke??

ok2 ni serba sedikit kenapa gamba orange ni....
sebenarnya gamba tu menunjukkan penghargaan kepada Albert Szent-Gyorgyi yang juga pernah dianugerahkan Nobel pada 1937.... zaman2 moyang2 kite dulu tu......
Kenapa dapat anugerah tu??? sabar la... tak sabar2 nak tau...
Tgok gamba die dulu...
ok tak hensem sangat..T_T
bialah janji pandai... hahahhaa.... sangat merapu ok??
Si Albert ni dianugerahkan dengan anugerah Nobel kerana beliau adalah manusia yang menemui vitamin C... yes!!! he's the one who discovering Vitamin C and beliau gak manemui komponen dan reaksi kitaran acid citric... beliau ni rakyat Hungary dan jugak aktif dalam politik selepas perang dunia kedua.... nak cerita panjang2 pon, panjang sangat cerita riwayat hidupnye.. jadi untuk tahu lebih lanjut, selanjut-lanjutnya, silalah klik SINI!!!
klik ok??? klik!!! klik!!! Klik lah~~
.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Ok fine!!
tapi baik klik sebab boleh tambah ilmu pengetahuan am.... hahahaha.....
ok chow dulu....

credit to Ato0k Google =D

Sep 13, 2011

Pergi Tak Kembali

hurm..... nak kata apa.. entry sebelum ni berkobar-kobar konon-konon nak update paling2 pon seminggu sekali.. ni kan dah terlanggar janji sendiri??? (marah kat diri sendiri)

sekarang ACM masih lagi dalam mood sedih..T_T....
owh sebelum tu.... raya tahun ni tak jadi balik kampung la plak... sori sangat to all orang yang kat kampung nun.. cek bukan takmau kelik tapi nak wat lagu mana... lagu M.Nzasir pon tak mampu nak nyanyi... hehehehe... semua ni coz my aunties from Johor mai Ipoh lah... da banyak tahun gak tak jumpa... so, kitorang pon (me n my mom jerr...*bajet cam ramai) raya je kat rumah...
ok2 habis pasai raya....

Ni nak habaq mai nape dok sedih2 lagi ni...... 26/8/2011 bersamaan 26 Ramadhan bersamaan hari Jumaat ACM dah kehilangan seorang kawan yang sangat2 baik...
seorang yang penyabar, baik hati, lemah lembut dan banyak lagi kebaikan dier tak tersebut kat sini...
Dia rakan sekelas ACM... Pemergian dia ni sangat dirasai kehilangannya oleh kami sekelas...
Yalah, kami sekelas pon 12 orang je... kini tinggal 11... Pemergian Arwah sangat mengejutkan kami semua.
Arwah yang dalam perjalanan pulang ke kampung di Pokok Sena, Kedah dari Ipoh menaiki motorsikal..
menurut cerita dari sumber2 arwah nak singgah Parit Buntar untuk kerumah atuknya.. dalam perjalanan tu la kemalangan............. nak cerita panjang2 dah sebak rasanya ni... Baca je la keratan akhbar ni....
klik untuk lebih jelas

Dulu denga laguni xada perasaan sangat, tapi sekarang......


Semoga Rohnya dicucuri rahmat... Al-Fatihah

Buat sahabatku Megat Mohd Faeznor B. Alweei.... Kami DTM part2 Mei-Oct 2011 (Institut Teknologi Perak) sentiasa akan mengingatimu dan doa kami sentiasa diiring untukmu

Kau akan senantiasa berada dalam doa kami dan setiap kenangan bersama tidak akan kami lupakan
nak post gamba ni pon cam serba salah sebenarnya... tapi atas niat untuk berkongsi ngan semua so i upload gak la gamba dia...
so, tunggu apa lagi???? mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah sekali lagi pada arwah.....
......Al-Fatihah......


rasa cam panjang betul entry kali ni...... ok..nak tidolah.. pagi dah ni...>.<

ScanDal