BloG2 LaiN yanG beSt!!!

Tanda dan Jejak

Dec 11, 2011

Kita Ini Umpama Tempayan Retak


Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar dimana keedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu dari tempayan itu retak sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu mampu dan selalu sahaja dapat membawa air penuh setelah melalui perjalanan yang panjang dari mata air ke rumah majikannya, tampayan yang retak itu pula hanya dapat membawa setengah air sahaja.
          Selama dua tahun hal ini terjadi. Setiap hari Si Pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah air kerumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak itu merasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun bagi Si Tempayan Retak yang malang, dia merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya itu dan sedih kerana hanya mampu member setengah dari kemampuannya yang seharusnya dia dapat berikan.
          Setelah dua tahun tertekan dengan kegagalan pahit ini, Tempayan Retak itu berkata kepadan Si Pengangkut.

Tempayan Retak   : Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan saya ingin memohon maaf.
Si Pengangkut      : Kenapa? Kenapa kamu berasa malu?
Tempayan Retak : Selama dua tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air dari yang sepatutnya dapat saya bawa kerana adanya keretakan pada sisi saya yang telah membuatkan air mengalir keluar, bocor, sepanjang perjalanan menuju kerumah majikan kita. Kerana kecacatan saya ini, saya membuat kamu rugi.

Pengangkut Air merasa kasihan kepada Si Tempayan Retak lalu berkata.

Si Pengangkut        : Jika kita kembali kerumah majikan esok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah disepanjang jalan.

          Dalam perjalanan pulang itu, Tempayan Retak melihat sepanjang jalan dan memang benar kata-kata si Pengangkut. Ketika itu baru Si Tempayan menyedari bahawa ada bunga-bunga indah disepanjang perjalanan dan hal itu membuatnya sedikit terhibur.
Namun, pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Si Tempayan Retak kembali memohon maaf kepada Pengangkut Air. Melihat kejadian itu, Si Pengangkut bersuara,

Si Pengangkut       : Apakah kamu memerhati bunga-bunga disepanjang jalan disisimu tidak ada disisi tempayan yang tidak retak itu?”

Tempayan Retak hanya mengangguk dan Si Pengangkut menyambung kata-katanya,

Si Pengangkut       : Hal ini kerana aku selalu menyedari kecacatan dan kekuranganmu ini malah aku telah memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga disepanjang jalan disisi mu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak telah mengairi benih-benihan itu. Selama 2 tahun aku telah memetik bunga-bunga itu untuk dijadikan perhiasan dimeja dan ruangan lain dirumah majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak dapat menghias rumahnya seindah sekarang.

P/S : Ingatlah, setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan tersendiri. Kita semua umpama Tempayan Retak. Namun, jika kita mahu, Allah SWT akan menggunakan kekurangan ini untuk menghiasnya. Dimata Allah SWT Tuhan segala alam, tiada yang terbuang percuma. Ketahuilah kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu. Ketahuilah didalam kelemahan ini akan kita ketemu sesuatu yang dipanggil KEKUATAN.
Jangan takut akan kekurangan kerana kita hanya hamba yang lemah. Kekurangan itu menjaadikan kita berbeza setiap insane. Kelemahan itu mencorakkan kepelbagaian sifat manusia didunia. Lihatlah kekuranganmu dari sudut yang lain kerana kamu akan bertemu dengan KELEBIHAN dirimu.

Dec 9, 2011

10 Perkara...............................

10 perkara???? pasai ACM lah.. hahahaha... ok2... ni dah blur sgt dah ni. tak tau nak hapdet hape lagi so my friend kasi idea berbunyi : 

My friend: kau hapdate jer pasal diri kau suda... jgn banyak sgt lah 10 pon cukup
Me           : Tak hendaklah eh... (dengan mka menyampah)
My friend: Lantak kau ah.. aku kasi idea jer... (terus blah)

uwh... sampai hati dia pergi begitu saja....(sambil menangis) hahahaha... takde lah..
bila fikir2 balik, dalam keadaan yang kritikal sibuk dan tanpa berukben dan talian wi-fi kat kolej pon cem .........lu fikirlah sendiri nih... mungkin boleh lah hapdet sekali pasal diri sendiri...(syok sendiri) hahahahhaa......... jimat masa orang kata.. dari ACM biar blog ni tanpa makanan baru.... 

10 PERKARA TENTANG ACM


1.             ACM seorang yang agak penyabar jugak.
2.            Sensitive
3.            Selalu kelam tapi suka buat-buat cool.
4.            Rasa ingin tahu yang kuat.
5.      Boleh jadi penakut dalam kalangan mereka yang berani dan berani dalam kalangan mereka yang penakut. Hahahahaha.....
6.            Kalau tinggal sorang-sorang, ACM akan nampak berani luarannya tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu...
7.            Kuat berangan. My late daddy pernah gelar ACM “Minah Jenin”
8.            Suka berimaginasi. Ini lain sikit dari berangan sebab selalunya imaginasi ni sesuatu yang tak masuk dek akal atau dengan kata lainnya merapu.
9.            Nama manja kat rumah adalah Manja! Jangan jeles... hahaahaha...
10.         Anak bongsu yang selalu kena buli tapi dulu la. Masa kecik2... sekarang tak lagi. berani diorang nak buli ACM? ACM lagi besar pada diorang.. hahahaha

ok, mende sikit tapi mengarut je banyak..... bye2..^_^

Thankz 4 reading..^_^

Nov 30, 2011

Google Doodle

Okay!! betul!!! ACM tak hapdet dah berkurun berabad.. hehehehehe.... biasalah menteri kewangan yang selalu pergi bayar bil bodban tu cuti 3 bulan tanpa gaji.. ni pon tumpang wireless kat mane ntah... janji dapat lah menghapdetkan diri dengan ape citer blogger2 yang lain... walaupun baru 2 bulan tak hapdet citer semasa ni. (konon 2 bulan kejap) dah banyak giler citer ACM tertinggal. so, kepada manusia2 diluar sana, baik anda hapdet buletin semasa k. nanti ade orang panggil anda semua zaman batu/zaman jepun pulak...... (ACM dah kena ok?) dah2.. tak payah nak drop sangat ok...

hari ni taknak cakap banyak walaupun dah mengarut banyak kat atas tu.... cuma nak kongsi ngan semua pasal.......................... pasal apa lagi, pasal atook Google lah.... ato0k Google ni kan selalu bikin pelik...... hari ni pun die bikin pelik sekali lagi..

tengok!!! betul tak??? betul kan??? kali ini Google meraikan besday Mark Twain yang ke 176... mak haih~ lame giler dah ni... siapa dia???? waduh2... dia ni seorang penulislah...(padahal baru search tadi)
penulis novel terkenal The Adventures of Tom Sawyer pada tahun 1876... kalau nak tau novel The Adventures of Tom Sawyer tu, silalah anda merajinkan diri anda search di Google yer... Lecturer saye kate, kita perlu rajin buat research sikit ok.... ^_^ (padahal kau malas nak tulis pepanjang)
ok, tak payah susah nak bukak new tab then nak tulis mark twain lagi nak tunggu loading lagi... klik link ni.. bace k... membaca itu jambatan ilmu...^_^

ok, btw nak kongsi sikit a few quotes from this great novelis.......

* A person who won't read has no advantage over one who can't read.
*All you need is ignorance and confidence and the success is sure.
*All generalizations are false, including this one.  
*All right, then, I'll go to hell.
*The lack of money is the root of all evil

ni antara yang ACM suka... there's more quotes in here

Oct 27, 2011

Tentang Sahabat

Apa Beza Sahabat Dengan Sahabat Baik..... Friend And Bestfriend!
(mengikut pandangan ACM ye..^_^)

1)   Bila Diajak Keluar

“Wey, jom klua. bosan sangat ni. Siap cepat lagi 30 minit aku sampai.”

SAHABAT
kita sampai je dia dah bersiap sedia dah. Terus je keluar pakai kasut dan menuju ke destinasi... ^_^

SAHABAT BAIK
Kita sampai je rumah dia, dia jenguk kot balkoni dari atas rumah

“Eh, awal betul kau sampai? Jap aku mandi jap.”
Cakap dengan muka tak bersalah. Tinggalkan kita cenggitu je sengsorang kat lua rumah dan tak sampai 5 minit tunggu, kita sendiri masuk rumah dia tak berjemput terus naik bilik dia. Buka laptop peribadi dia tanpa izin n terus on9 sambil tunggu dia bersiap.

2)   Bila Tengah Lapar

“Lapar lah, tolong masak megi tok aku.”

SAHABAT
“ok” pegi masak megi tok kite.

SAHABAT BAIK
“Air panas memang ada kat dapur, megi pon ade, kau pegi buat sendirilah.”
Elok je kita bangun nak pergi buat megi.
“Buat tok aku sekalilah.” Dengan senyum yang mintak dikakikan.

3)   Bila Hujan.

“Nak tumpang payung boleh?”

SAHABAT
Tarik kita dekat dengan dia dan guna payung tu sama-sama.

SAHABAT BAIK
Ajak lari dalam hujan sama-sama. Padahal dia ambil payung kita lari sorang-sorang tinggal kita dalam hujan. Pastu bila kita sampai rumah dalam keadaan basah kuyup boleh tibai gelak macam Pontianak pulak.....

4)   Bila Jatuh Longkang

SAHABAT
Cepat-cepat tolong kita keluar dari longkang.

SAHABAT BAIK
Tolong jugak, tapi lepas dia dah puas gelak terbahak-bahak. Seminggu kena nganjeng dengan die. Pastu boleh pulak kecoh kat semua budak rumah.

5)   Bila Hari Lahir Kita

SAHABAT
Beri hadiah dengan senyuman dan ucapan hari lahir.

SAHABAT BAIK
Sambut besday kite dengan hadiah telur tembelang atau susu yang diperam seminggu yang dibaling atas kepala kita. Basahkan seluruh badan kita dan tabur tepung sampai sikit kulit pun dah tak nampak. Beli kek yang tak berapa mahal *erti kata lain murah sikit la..^_^* sebab tujuan utama kek tu adalah untuk disemadikan diatas badan kita bia melekit satu badan. Dah la pilih kek yang paling banyak krim. Hadiah die bagi cuma keychain rm2 je.. itu pun kalau ade... hahahaha..

6)   Bila Ada Masalah

SAHABAT
Dengar dan cakap “Sabarlah ye. Aku pun simpati jugak.”

SAHABAT BAIK
Dengar dan bantu sedaya upaya selesaikan masalah kita. Selagi tak selesai, dia tetap ada disisi kita.

7)   Bila Kita Bersedih dan Menangis

SAHABAT
Mendengar dengan teliti sambil menepuk-nepuk bahu agar lebih tabah.

SAHABAT BAIK
Duduk rapat dengan kita memeluk bahu kita dan membiarkan kita nangis sepuasnya. Bak kata omputih. He/She will let u wet their shoulder. *pebende aku mengarut ni?*

8)   Bila Kau Busuk Bau Peluh Lepas Besenam Petang-Petang

SAHABAT
“Kau taknak mandi ke? Pasni boleh kluar makan same.”

SAHABAT BAIK
“Hoi, bau haram ade hati nak baring-baring lagi. Pergi mandi ah. Hilang deria bau aku tau tak?” sambil tarik kita humban dalam bilik air.

ni pandangan ACM lah.. n ACM nak share gamba yang ACM jumpa dalam FB ni
hargai sahabat sekeliling kita. Kalau rasa couple anda lebih penting, anda kena tahu sahabat lebih penting. Sahabat walau bergaduh akan tetap kekal sebagai sahabat. Couple bila berperang mungkin berpisah selamanya.

ade orang pernah pesan pada ACM:
when you're alone, just pick your phone n make a call. Your friend will be right beside you whenever if it's 2 am.

Dan ACM suka sangat tengok Ichigo dengan Sado dalam Bleach...

Entah kenapa. tapi yang pasti ACM sangat kagum dengan persahabatan diorang ni...

n satu lagi.....
SpongeBob ngan Patrick...... tak boleh dipisahkan...
walaupun kadang-kadang asyik SpongeBob je yang kena.... walaupun hampir semua orang tak senang ngan perangai Patrick... walaupun Patrick selalu je wat mende ala-ala bangang.... tapi persahabatan diorang kekal gak... mungkin salah faham tu buat hubungan lebih rapat.... sweet je diorang ni kan??????? ^_^

setakat tu je kot......^_^
thankz 4 reading.... 

Oct 19, 2011

Oct 18, 2011

Its Name is TIME!!!


"Imagine there is a bank account that credits your account each morning with $86400.
It carries over no balance from day to day.
Every evening, the bank deletes whatever part of the balance you failed to use during the day.
What would you do? Draw out every cents of course?
Each of us has such a bank. Its name is TIME.
Every morning it credits you with 86400 seconds.
Every night, it writes off as lost, whatever of these you have failed to invest to a good purpose.
It carries over no balance. It allows no overdraft.
Each Day It Opens A New Account For You.
Each Night It Burns The Remains Of The Day.
If you fail to use the day's deposit, the loss is yours.
There is NO DRAWING against 'tomorrow'.
You must live in the present of today's deposit. Invest it so as to get from it the utmost in health, happiness and success.
The clock is running.
MAKE THE MOST OF TODAY."

ScanDal