BloG2 LaiN yanG beSt!!!

Tanda dan Jejak

Jan 21, 2011

Kadang-Kadang




kadang-kadang manusia berubah demi kasih semata. lupa tentang kepentingan orang lain demi memiliki kebahgiaan sendiri.....
kadang-kadang manusia lupa kepentingan orang lain demi mencapai segala yang dihajatinya. janji apa yang diimpikan tercapai semua ditempuhi...
kadang-kadang manusia alpa dengan segala kejayaan dan kekayaan yang dimilikinya sehingga dia merendahkan mereka yang berada dibawah.
kadang-kadang manusia lupa segala yang dimiliki adalah satu anugerah dari Allah SWT sehingga dia sentiasa menghina mereka yang derita...
kadang-kadang manusia jadi haloba dengan segala yang dimiliki hinggakan tidak mahu berkongsi walau sesen dengan mereka yang papa....
kadang-kadang manusia menjadi kejam kerana wang. sanggup memutuskan persaudaran kerana harta yang tidak seberapa...
kadang-kadang manusia itu sendiri lupa bahawa Allah yang berkuasa keatas segalanya hinggakan mereka mengakui kehebatan sendiri tanpa batasan. mengakui merekalah tuan. mengakui segala kebaikan adalah dari mereka sebaliknya keburukan akan dilempar kepada manusia lain yang rela dan tidak menjadi hamba....
kadang-kadang manusia lupa Rasulullah SAW meninggalkan Al-Quran dan Hadith untuk dijadikan panduan hidup sehingga manusia itu sanggup bertuankan nafsu dan duniawi semata......
kadang-kadang manusia itu berharap sesuatu tanpa usaha sehingga dia menyalahkan takdir seandainya permintaannya ditolak....
kadang-kadang manusia lupa, Allah itu sentiasa menguji kesemua hambanya sehingga terlupa yang takdir itu sememangnya wujud...
kadang-kadang manusia sentiasa menyalahkan takdir tanpa menyedari yang perlunya redha terhadap segala takdir yang datang kerana disitu akan datang ketenangan untuknya..
kadang-kadang manusia sentiasa mencari salah orang yang derita tanpa menyedari derita itu datang kerana balasan dan ada yang datang sebagai satu ujian semata....

berkongsilah kebahgiaan maka akan jumpa kita dengan sesuatu yang lebih indah dari kekayaan...
berkongsilah harta-harta yang ada kerana cerahnya masa depan mereka yang susah akan memberi satu cahaya yang tidak tergambar.....
berkongsi kasih dan sayang akan melebarkan keamanan keseluruh alam....
berkorban demi orang yang dicintai memberi satu kepuasan yang tidak tergambar...
bersedialah untuk memberi kerana susahmu nanti tidak sendiri.....
berusaha sambil beramal demi cita-cita memberi sesuatu yang diberi nama semangat. semangat yang sentiasa membara tanpa mengenal erti jemu dan putus asa.....
bersangka baik lebih baik dari menghukum mereka tanpa usul periksa...
pasrah dan redha dengan ketentuannya memberikan ketenangan yang tak mungkin datang kepada manusia lain....

4 comments:

nadia said...

asal ni??
de problm ke?
=)

aNak ChE mE said...

xde la cek nadiaShahira.. sesaje dok layan blues.. hehehe...XP

nadia said...

uwh..
k..
pape aku ade k..=)
jgn tido lewat2 tau!

aNak ChE mE said...

kekeke.. wat asigment la cek kak... sat g nak tido gak.. dok cakap org.. die pon xtido lgiek...

ScanDal