BloG2 LaiN yanG beSt!!!

Tanda dan Jejak

Dec 11, 2011

Kita Ini Umpama Tempayan Retak


Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar dimana keedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu dari tempayan itu retak sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu mampu dan selalu sahaja dapat membawa air penuh setelah melalui perjalanan yang panjang dari mata air ke rumah majikannya, tampayan yang retak itu pula hanya dapat membawa setengah air sahaja.
          Selama dua tahun hal ini terjadi. Setiap hari Si Pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah air kerumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak itu merasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun bagi Si Tempayan Retak yang malang, dia merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya itu dan sedih kerana hanya mampu member setengah dari kemampuannya yang seharusnya dia dapat berikan.
          Setelah dua tahun tertekan dengan kegagalan pahit ini, Tempayan Retak itu berkata kepadan Si Pengangkut.

Tempayan Retak   : Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan saya ingin memohon maaf.
Si Pengangkut      : Kenapa? Kenapa kamu berasa malu?
Tempayan Retak : Selama dua tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air dari yang sepatutnya dapat saya bawa kerana adanya keretakan pada sisi saya yang telah membuatkan air mengalir keluar, bocor, sepanjang perjalanan menuju kerumah majikan kita. Kerana kecacatan saya ini, saya membuat kamu rugi.

Pengangkut Air merasa kasihan kepada Si Tempayan Retak lalu berkata.

Si Pengangkut        : Jika kita kembali kerumah majikan esok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah disepanjang jalan.

          Dalam perjalanan pulang itu, Tempayan Retak melihat sepanjang jalan dan memang benar kata-kata si Pengangkut. Ketika itu baru Si Tempayan menyedari bahawa ada bunga-bunga indah disepanjang perjalanan dan hal itu membuatnya sedikit terhibur.
Namun, pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Si Tempayan Retak kembali memohon maaf kepada Pengangkut Air. Melihat kejadian itu, Si Pengangkut bersuara,

Si Pengangkut       : Apakah kamu memerhati bunga-bunga disepanjang jalan disisimu tidak ada disisi tempayan yang tidak retak itu?”

Tempayan Retak hanya mengangguk dan Si Pengangkut menyambung kata-katanya,

Si Pengangkut       : Hal ini kerana aku selalu menyedari kecacatan dan kekuranganmu ini malah aku telah memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga disepanjang jalan disisi mu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak telah mengairi benih-benihan itu. Selama 2 tahun aku telah memetik bunga-bunga itu untuk dijadikan perhiasan dimeja dan ruangan lain dirumah majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak dapat menghias rumahnya seindah sekarang.

P/S : Ingatlah, setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan tersendiri. Kita semua umpama Tempayan Retak. Namun, jika kita mahu, Allah SWT akan menggunakan kekurangan ini untuk menghiasnya. Dimata Allah SWT Tuhan segala alam, tiada yang terbuang percuma. Ketahuilah kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu. Ketahuilah didalam kelemahan ini akan kita ketemu sesuatu yang dipanggil KEKUATAN.
Jangan takut akan kekurangan kerana kita hanya hamba yang lemah. Kekurangan itu menjaadikan kita berbeza setiap insane. Kelemahan itu mencorakkan kepelbagaian sifat manusia didunia. Lihatlah kekuranganmu dari sudut yang lain kerana kamu akan bertemu dengan KELEBIHAN dirimu.

No comments:

ScanDal