BloG2 LaiN yanG beSt!!!

Tanda dan Jejak

Nov 8, 2012

JANJI


JANJI! Perkataan yang mudah ditutur tetapi amat payah ditepati. Janji bukan sekadar perkataan yang mudah diungkap tetapi sukar dituruti. Berapa kalikah kita pernah mengucap Janji dan berapa kali pula kita melaksanakannya? Adakah kita tergolong dikalangan pemberi janji yang tak pernah ditunai? Adakah kita tergolong dikalangan mereka yang berpegang pada Janji? Dimanakah tempat kita? Ingatkah kita pada Janji yang pernah dilafazkan? Mampukah kita menunaikan segala Janji yang telah diucap?

Kadang kita terlupa segala Janji dan sumpah yang diikat sehingga kita lalai menunaikan kewajipan itu. Tetapi tidak harus kita lupa bahawa si penerima Janji akan senantiasa memegang Janji yang telah dilafazkan.

Aku....... aku insan biasa. Kadang, aku ini pemberi Janji yang amat manis ditelan. Kadang aku ini pengingkar Janji yang pahit untuk diterima. Aku juga kadangnya seorang yang selalu lupa pada Janjinya.


Credit


Engkau!! Ya, kau! Jangan engkau menjejaki tapakku ini. Tapak yang rosak dari si pemusnah Janji. Bina tapakmu sendiri. Berpaut teguhlah kepada Janji yang engkau tuturkan kerana Janji amat penting dalam hidupmu. Berfikirlah sebelum engkau melafaz Janji kerana Janji itu ada magisnya yang engkau akan lihat bila tiba waktunya.

No comments:

ScanDal