BloG2 LaiN yanG beSt!!!

Tanda dan Jejak

Nov 17, 2012

Apa itu CINTA??

Tajuk dah macam Dr. Pakar Cinta dah ni.. hihihi...

Kenapa ya? Ramai orang tertanya-tanya apa itu CINTA?

Ada orang kata, Cinta itu airmata. Cinta itu kesetiaan. Cinta itu buta. Cinta itu manis. Cinta itu Pahit. Cinta itu tidak tergambar. Cinta itu indah. Cinta itu persahabatan. Cinta itu ikatan. Banyak lah lagi..

Kalau nak nyatakan kat sini kena ada banyak page ni. Lenguh la jari-jemari salleh ni nak menaip... ^_^

Cinta itu konsepnya luas. Cinta kepada Allah. Cinta Kepada Malaikat. Cinta kepada Rasulullah. Cinta kepada Agama. Cinta kepada Negara. Cinta kepada bangsa. Cinta kepada Keluarga. Cinta kepada kedua ibubapa. Cinta kepada dunia. Cinta kepada akhirat. Cinta kepada harta kekayaan. Cinta kepada makanan. Cinta kepada, kepada dan kepada.

Skopnya terlalu luas. Tetapi manusia ini bila disebut tentang Cinta, yang muncul dikepalanya adalah Cinta antara insan. Cinta antara 2 insan yang sedang bercinta..... *ayat dah penin*

Mungkin pandangan setiap manusia berbeza. Tapi bagi ACM, cinta antara insan ini mungkin boleh di ibaratkan seperti ABC. Ya ABC!! Air Batu Campur tu.

Kenapa? Sebab, ABC ada pelbagai rasa....

*ABC rasa manis je* ß--- Mesti ini yg org akan cakap bila ACM kata Cinta = ABC

Salah! Cuba asingkan semua bahan. Ais itu sendiri dah tawar. Owh ya, bahan-bahan dalam ABC ni juga terpulang. Pernah tak makan ABC yang peniaga tu bubuh buah pala dalam ABC tu? Kismis? Asam? Cincau? Cendol? Dan sebenarnya kadang-kadang macam-macam jenis bahan ada dalam ABC tu.

Dan sebenarnya kita boleh buat pilihan tentang bahan-bahan tu. kalau suka kacang minta kacang lebih. Suka kismis minta kismis lebih. Tak suka sagu minta jangan ada sagu. Tengok! Semua pilihan kita.





Semua pilihan terpulang kepada kita. Rasa ABC tu pun terpulang kepada permintaan kita juga. Manis, kurang manis, susu lebih, cendol lebih.

Makan banyak sangat ABC kena kencing manis. Cinta antara insan itu juga ada keburukan. Mungkin terlalu mencintai akan membuatkan kita lebih tersakiti???   **Camtu boleh??**

Kadang-kala cinta kepada insan membuatkan kita lupa Cinta kepada-NYA.

Walau kita tahu ABC ada keburukannya tetapi kita tetap suka. Tetap menikmati setiap suapan ABC kemulut. Walau kita tahu ABC dalam mangkuk akan habis, walau sayang nak habiskan, kita tetap akan habiskan ABC tu.

Bila ABC dah habis. ABC tu air kan?? Tapi tekak masih lagi rasa dahaga. Kadang tu rasa macam tak puas.

Dan walau kita tahu semua tu. Dihari yang lain, kita masih lagi akan pesan ABC untuk menikmatinya.


p/s: kat atas tu semua pandangan ACM je.. ape2 pandangan org lain semua pon okay.... 

No comments:

ScanDal