BloG2 LaiN yanG beSt!!!

Tanda dan Jejak

Nov 8, 2012

JANJI


JANJI! Perkataan yang mudah ditutur tetapi amat payah ditepati. Janji bukan sekadar perkataan yang mudah diungkap tetapi sukar dituruti. Berapa kalikah kita pernah mengucap Janji dan berapa kali pula kita melaksanakannya? Adakah kita tergolong dikalangan pemberi janji yang tak pernah ditunai? Adakah kita tergolong dikalangan mereka yang berpegang pada Janji? Dimanakah tempat kita? Ingatkah kita pada Janji yang pernah dilafazkan? Mampukah kita menunaikan segala Janji yang telah diucap?

Kadang kita terlupa segala Janji dan sumpah yang diikat sehingga kita lalai menunaikan kewajipan itu. Tetapi tidak harus kita lupa bahawa si penerima Janji akan senantiasa memegang Janji yang telah dilafazkan.

Aku....... aku insan biasa. Kadang, aku ini pemberi Janji yang amat manis ditelan. Kadang aku ini pengingkar Janji yang pahit untuk diterima. Aku juga kadangnya seorang yang selalu lupa pada Janjinya.


Credit


Engkau!! Ya, kau! Jangan engkau menjejaki tapakku ini. Tapak yang rosak dari si pemusnah Janji. Bina tapakmu sendiri. Berpaut teguhlah kepada Janji yang engkau tuturkan kerana Janji amat penting dalam hidupmu. Berfikirlah sebelum engkau melafaz Janji kerana Janji itu ada magisnya yang engkau akan lihat bila tiba waktunya.

..SALAM..


Assalamualaikum..


Sudah lama ku abaikan jajahan ini sehingga flora-flora kian meliar membina negeri. Entah kenapa walau ada masa terluang, askar-askar jemari amat berat bekerja diatas padang kekunci. Entah mengapa setiap kali diketuk pangkal jentera otak, tiada juga ia berfungsi memberi pendapat. Entah kenapa setiap kali mahu membersihkan halaman ini, terhalang dek rasa yang seharusnya dibuang dari manusia. Dan entah kenapa juga hari ini, askar jemari menjadi ringan untuk bekerja, jentera-jentera juga mula berfungsi. Rasa itu juga telah hilang. Kini flora yang meliar di jajahan ini mula dihakis menjadi taman membentuk satu negeri....

Cewah.........

Jan 1, 2012

Entry Tanpa Hala

 Diam x diam, dah masuk tahun baru rupanya.... tadi buka fb ade 1 status dari 1 page ni...

Nak like page ni? Kat sini
Lepas like status tu baru sedar.................. ‘dah tua dah aku ni’ *cakap sengsorang* patut la rasa senang je lenguh2 badan, sakit2 saraf, dah tua rupanya ACM ni... hahaha..

Bila difikirkan balik, umur ACM ni dah agak senior dalam kelas ACM tu, orang baya ACM dah nak abis dah blaja, dah nak dapat degree, ACM baru la sem3 diploma in tourism ni, bila pula aku nak keje ni???? *berfikir lagi*

Ada 1 nasihat la buat mereka2 yang masih muda, yg sekolah lagi tu, yg baru lepas SPM ke, silalah jangan buang masa anda. Dunia ni semakin maju. Jadi tuntutlah ilmu untuk masa depan. Kalau xde ilmu xde siapa pon yang respek kita nanti.

Uwh, ACM ni bukan apa, nak share la 1 gamba yang ACM jumpa dalam fb jugak tadi.. gamba ni xde kena mengena pon dengan perbincangan kita diatas ye..^_^







memang betul ayat tu.. renung2kan dan selamat beramal...^_^


p/s :So sempena tahun baru ni, mari kita sama-sama pasang azam baru, tekad dengan azam baru kita, cuba sehabis baik mencapai azam baru.

Bye...bye..bye..............*nada Shin Chan*

ScanDal