JANJI!
Perkataan yang mudah ditutur tetapi amat payah ditepati. Janji bukan sekadar
perkataan yang mudah diungkap tetapi sukar dituruti. Berapa kalikah kita pernah
mengucap Janji dan berapa kali pula kita melaksanakannya? Adakah kita tergolong
dikalangan pemberi janji yang tak pernah ditunai? Adakah kita tergolong
dikalangan mereka yang berpegang pada Janji? Dimanakah tempat kita? Ingatkah
kita pada Janji yang pernah dilafazkan? Mampukah kita menunaikan segala Janji
yang telah diucap?
Kadang
kita terlupa segala Janji dan sumpah yang diikat sehingga kita lalai menunaikan
kewajipan itu. Tetapi tidak harus kita lupa bahawa si penerima Janji akan
senantiasa memegang Janji yang telah dilafazkan.
Aku.......
aku insan biasa. Kadang, aku ini pemberi Janji yang amat manis ditelan. Kadang
aku ini pengingkar Janji yang pahit untuk diterima. Aku juga kadangnya seorang
yang selalu lupa pada Janjinya.
Credit |
Engkau!!
Ya, kau! Jangan engkau menjejaki tapakku ini. Tapak yang rosak dari si pemusnah
Janji. Bina tapakmu sendiri. Berpaut teguhlah kepada Janji yang engkau tuturkan
kerana Janji amat penting dalam hidupmu. Berfikirlah sebelum engkau melafaz
Janji kerana Janji itu ada magisnya yang engkau akan lihat bila tiba waktunya.
No comments:
Post a Comment